COUPLE
oyahhhh,,btw assalamualaikum.ha...comel kan due orang awek kat atas tuh.ok yang pakai baju kurung tu my cousin..die lahir kat jepun...tapi prangai macam minah kampung..ganas sangat.walaupun ganas comel sangat.hahah..haaa yang putih tuh my sister hadirah..due2 sangat comel...ya allah hebatnye ciptaan allah.
okeyhhh memandang akuh sedeyh sebab orang yang lame aku caye tapi die buat taik kat akuh.
sokayhhh aku saba tabah menghadapinya...sebenarnya nak cakap sebab sebab nape perlu jadi single berbanding KAPEL.Adakah hari ni ramai orang bercouple kerana suka-suka? Kerana mengikut trend? Kerana terpaksa? Atau kerana terdesak?

okayhh bagi aku die kapel nih terdesak agaknye sebab nak jadi hot kot.
okayhh camnilah...sebab die:
1. Allah Sedang Memelihara Kita
Percayalah. Itu caranya Allah ingin memelihara kita dari perkara-perkara yang tak sepatutnya bila bercouple. Jangan meminta dipercepatkan sesuatu keinginan, sebaliknya mintalah diberikan sesuatu yang baik untuk diri sendiri.
#Manusia belum tentu bahagia dengan apa yang disukainya. Tetapi sukalah apa yang Allah suka. Itulah jaminan bahagia berpanjangan.
2. Menjaga Maruah Diri
Boleh tak kalau aku katakan pasangan couple yang sering keluar berdua-duaan, pasangan akan lebih berani untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya? Ada kemungkinan yang sangat besar. Ruginya bila hak sepatutnya menjadi milik suami/isteri kelak di berikan kepada lelaki/perempuan yang belum tentu adalah jodoh.
#Bersabarlah dan bergembiralah buat yang masih single. Diri yang tak di sentuh itu akan menjadi hadiah yang paling berharga buat pasangan jodoh nanti.
3. Tidak Membuang Masa
Adakah berbaloi masa yang ada di gunakan untuk risau, rindu, cemburu, kasih, dan bermanja kepada pasangan couple? Lagi-lagi yang jenis bermanis mulut semata-mata. Jangan bazirkan masa untuk orang yang tidak pasti akan menjadi pasangan hidup kita.
#Berdoalah kepada Allah agar cinta terpelihara daripada di berikan kepada lelaki-lelaki yang lalai menjalankan perintahNya.
4. Tiada Bebanan Perasaan/Emosi
Harap tiada siapa yang akan menafikan. Bila dua hati mula berkongsi, bererti dah mula tanggung masalah untuk dua orang. Hairan benar kalau manusia mencari pasangan demi kepentingan sendiri. Mestilah untuk saling mengambil berat kan? Namun adakah berbaloi merasa beban rindu, risau, ambil berat dan menjadi sensitif terhadap couple? Yang kita sendiri tak tau bagaimana title dia kesudahan nanti?
5. Yakin, Jodoh Itu Ada
Orang yang bercouple lama selalu merasakan itulah jodoh mereka sejak mereka berkenal. Mereka terikat ketat antara masing-masing sebelum terikat secara halal. Tak ramai pasangan yang couple lama boleh bertahan sehingga melangkah ke gerbang perkahwinan. Maka, buat yang masih single tak perlu bersedih sebab Jodoh akan hadir bila tiba masa yang sesuai. Seperti apa yang Allah rancangkan.
#ramai sangat kawan yang tak couple kahwin awal, berbanding kawan yang couple awal.
6. Masa Untuk Lebih Mencintai Allah
Bergembiralah saat menjadi single. Kita mempunyai lebih banyak masa dan ruang untuk bercinta dengan Allah. Allah yang mengurniakan cinta kepada mana-mana pasangan di kalangan makhlukNya. Mohonlah cinta dari Allah. Semoga Allah kurniakan cinta dari kalangan yang mencintaiNya juga.
7. Peluang Perbaiki Diri/Kehidupan
kau hanya single. Bukannya bersendiri. Masih ramai insan tersayang di sekitar. Cuba sayangi diri sendiri. Perbaiki diri seluruh aspek. Bila hati penuh dengan sayang dan cinta, barulah kita boleh mencintai insan yang lebih berhak kelak ;)
8. Masa Rapatkan Dengan Keluarga
Sebelum berkeluarga baru, ambillah masa ini untuk terus bersama ibu bapa dan adik-beradik terutamanya. Bila dah ada pasangan berkahwin kelak, belum tentu ada masa untuk bersama orang-orang yang telah membesarkan kita. Hargailah keluarga terutama ibu bapa selagi mereka masih ada. Jangan kelak tangisi tandapenyesalan mengabaikan mereka semasa hidup.
itujelah kot yang aku dapat share......hope dapat amik ikhtibar dan pengajaran ye.
_THE END_
Older Post |